Masyarakat Indonesia Di Sabah

Kebanyakan Masyarakat Indonesia di Sabah tertumpu di daerah Tawau. Ini kerana Tawau ialah bandar di Malaysia yang terdekat dengan sempadan negara Indonesia di bahagian timur seperti Kalimantan (Nunukan dan Tarakan), Sulawesi dan Timor. Dari daerah Tawau, masyarakat Indonesia bertebaran hingga ke Kunak dan Lahad Datu. Kini, masyarakat Indonesia juga banyak di bandar-bandar lain di seluruh negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Ranau hingga ke Keningau di pedalaman negeri Sabah. Secara umumnya, Tawau ialah daerah di Malaysia yang memiliki jumlah penduduk asing terpadat di negara ini. Kini setelah hampir 40 tahun sejak merdeka, sebahagian besar warga Indonesia ini khususnya etnik BUGIS telah diberikan taraf kewarganegaraan sehingga mereka menjadi penduduk majoriti di Tawau melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri ( warganegara Malaysia semasa Sabah merdeka pada tahun 1963 ). Mengikut rekod dan statistik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk asing yang berdaftar di Sabah termasuklah dari negara Filipina adalah melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pendatang di Sabah.Masyarakat Indonesia yang datang bekerja di negeri Sabah terdiri pelbagai bangsa. Namun majoritinya iaitu 80% daripada ialah bangsa Bugis. Kehadiran masyarakat Bugis Indonesia ini bertumpu di Tawau mempunyai beberapa sebab. Antaranya ialah kerana lokasinya yang strategik untuk kemasukan pendatang asing , jaraknya yang terdekat dengan Sulawesi Selatan, kawalan imigresen yang sangat longgar dan tiadanya tindakan penguatkuasaan tangkapan dan sebelum tahun 2000 serta laluan pintu masuk pantainya yang terbuka luas dan sukar dikawal. Jika berkunjung di sekitar bandar Tawau, rakyat Bugis Indonesia ini boleh dilihat bebas berkeliaran di mana mana dengan yang jumlahnya yang sangat ramai dan sungguh menyesakkan melainkan ketika adanya operasi tangkapan oleh pihak yang berkuasa. Selain dari bangsa Bugis bangsa Indonesia yang lainnya pula ialah bangsa Toraja, bangsa Timor dan bangsa Butun. Terdapat juga segelintir bangsa Jawa Indonesia dan lain lain bangsa yang terdapat di Indonesia. Umumnya mereka semua ini datang ke Sabah terutamanya Tawau secara beramai ramai sejak tahun 1980an dimana ketika itu Sabah menjadi negeri yang meningkat maju dan menjadi lubuk mencari rezeki dari pendatang Indonesia. Masyarakat Indnesia di Sabah khususnya di Tawau sebenarnya sangat bertuah kerana mereka bukan sahaja dibenarkan bekerja di Sabah tanpa jumlah had kawalan malah dibenarkan tinggal dan membuka kampung ( setinggan ) secara haram di tanah-tanah kerajaan iaitu tempat yang terlarang untuk rakyat tempatan. Namun di sebalik kebenaran bekerja secara sah, ramai juga masyarakat Indonesia pendatang yang wujud di Sabah secara haram iaitu tanpa dokumen yang sah sama ada kerana tidak mampu menyambung dokumen pasport bekerja yang tamat tempoh atau kerana sememangnya tidak pernah memohon pasport bekerja dan masuk secara haram ke Sabah.
Bangsa Bugis IndonesiaBangsa Bugis Indonesia adalah rakyat indonesia yang teramai atau majoriti di Sabah. Mereka ini sebenarnya berasal dari daerah Sulawesi Selatan seperti dari Kabuten ( daerah ) Watampone, Kamputen Enrekang, Kabuten Pinrang, Kabupaten Sinjai, Kabupaten Bulukumba, Kabupaten Rappang dan banyak lagi.
Bangsa Turaja IndonesiaBangsa Toraja dikenali sebagai penduduk yang tinggal dikawasan pergunungan di Tanah Toraja di Sulawesi Selatan. orang Toraja atau "Toraya" merupakan suku kaum yang terkenal dengan adat resam seni bina rumah sawah, suku kaum ini sangat berbeza dengan suku kaum lain di Sulawesi selatan. Majoriti Orang Toraja beragama Kristian, kedatangan minoriti kaum ini ke Tawau pada asalnya adalah untuk mencari perkerjaan yang menarik di kepulauan Borneo temasuklah Kalimantan dan Sabah. Orang Toraja mempunyai pegangan agama yang kuat justeru tidak hairanlah jawatan di Gereja dipenuhi oleh masyarakat ini.
Bangsa Timor IndonesiaBangsa Timur bukan berasal dari dari Sulawesi selata tetapi dari kepulauan Timor termasuklah negara Timor Leste yang dengan Pulau Sulawesi. Umumnya mereka seperti bangsa Turaja juga beragama Kristian. Di Tawau, mereka dikenali sebagai bangsa yang rajin dan kuat bekerja. Secara fizikalnya, mereka dapat dibezakan dengan fizikal yang tegap, berambut kerinting dan berkulit gelap.
Bangsa Butun IndonesiaBangsa Butun Indonesia tidak begitu ramai di Sabah dan mereka boleh dilihat hidup bersama dengan bangsa Bugis kerana beragama Islam seperti bangsa Bugis. Namun begitu, bangsa Butun ini sebenarnya mempunyai bahasa dan adat yang berbeza dengan bangsa Bugis Indonesia. Ini kerana kampung halaman mereka di Indonesia bukanlah di Sulawesi Selatan tapi di Sulawesi Tenggara iaitu di sekitar Kota Kendari dan juga di Pulau Buton.
Bangsa Jawa IndonesiaHanya sedikit sahaja Jawa Indonesia di Tawau,Sabah dan mereka ini adalah berbeza dengan masyarakat Melayu keturunan jawa yang ada di Tawau. Ini kerana masyarakat Melayu keturunan Jawa telah wujud di Taway sejak beratus tahun manakala bangsa Jawa Indonesia datang ke Tawau selepas kemerdekaan dan Sabah meningkat maju. Oleh sebab bangsa Indonesia di Sabah bukanlah warganegara Malaysia, kebanyakan mereka hidup di Tawau dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan di gerai gerai atau menjual bakso, gado-gado dan sate menggunakan motor dari rumah ke rumah.